Sunday 13 March 2011

tidak ada tajuk....

Apabila perempuan yg sudah berkahwin blm mengadung. Sesiapa yg pernh ada pengalamn pasti pengalaman itu bgaikan 1 mimpi ngeri kn. Apabila sdh berkahwin, org kampung akn sibuk bertanya ble nk ade anak? Sekarang perkara ini terjadi pd ku sendiri. Aku ckp lemas ble org bertanya soal itu. Mslahnya bkn aku x nk tp blm rezeki.Aku x tolak rezeki klu Allah nk bagi, tp kenapa mereka susah nk faham? Aku rimas, lemas....

Mungkin aku pernah buat salah atau dosa yang aku sndiri tak sedar,dan mungkin ini ujian bg aku yg Allah nk beri spya aku ingat pada-NYA dan sentiasa bertaubat....Kalau bkn rezeki aku utk menimang anak, aku bknlah sesiapa untk melawan takdir...insyaallah, telinga ku ini akn ku tadah kn juga utk mendengar org mengata, hati ku ini akn ku kebalkn juga dari remuk dn sakit...Aku redha, Ya Allah...

Monday 7 March 2011

BENCI PENGKHIANAT!!

Dulu aku tidak suka membaca surat khabar...bagi aku tidak ada yang menarik selain kisah2 artis Malaysia yg bergossip, putus cinta lah, cinta baru nk berputik lah dan macam2 lagi. Namun sejak akhir2 ini, aku amat tertarik membaca serta meninjau dan memikir tentang isu-isu semasa yang di ketengahkan di dada2 akhbar (selain masih lg mengikuti perkembangan artis yg di jadikan artikal). Namun aku lebih tertarik pada topik yg lebih hangat dari pisang goreng panas, lebih hangat dari kisah Fasha Sandha dan gossip2 nya...topik yg lebh menjadi tumpuan sekarang ialah topik politik. Ermmm bila ckp tentang politik ada yang suka, ada yang tak suka. Silap2 hari bulan kalau tersalah cakap/tulis aku boleh di hentam sehentam-hentamnya.

Begitulah senario politik pada hari ini. Terlalu, tersangat sensitif. Kenapa? Kenapa orang PAS tak boleh lagi bercampur dengan orang BN. Bukankah kita ini saudara se ISLAM? Mana pergi semangat saudara se ISLAM itu? Janganlah kerana kita tidak sehaluan dalam politik, ada yang di 'Kafir' kan, di Jahiliah' kan.

Saban hari ada sahaja artikal politik yang panas2...Pihak kerajaan' salahkan pihak pembangkang, pihak pembangkang salahkan pihak kerajaan. Memang ada yang mengatakan eloklah kedua-dua pihak saling membantu, saling bersatu tetapi adakah itu mustahil? PAS dan BN bersatu? Fikir-fikirkan...

Terdetik di hatiku sejenak, selepas pembangkang menang lima buah negeri pd PRU 2008, pembangkang telah merancakkan arena politik negara kita.Menambah rencah sesuka hati.Ada sahaja kontroversi yang tercipta. Seingat aku (sebelum aku mula mengikuti perkembangan politik 'sikit-sikit'), bermula dengan Datuk Nizar, bekas Menteri Besar Perak, rakyat sudh berani berguling di atas jalan menghalang kenderaan Di Raja. Kemudian institusi Di Raja di kecam lagi baru-baru ini dengan insiden Menteri Besar Selangor berhajat 'membelakangi' institusi Di Raja untuk merubah perlembagaan negeri Selangor. Nampaknya Raja-Raja Melayu bakal menjadi seperti Raja-Raja Melayu di zaman penjajahan British dulu. Hanya berkuasa ke atas perihal2 agama dan adat Melayu sahaja, namun tidak pada Perlembagaan Negara lagi jika perkara begini tidak di kekang sewajarnya.

Lim Guan Eng juga rancak agendanya untuk menjadikan P.Pinang sebuah negara 'Lee Kuan Yew' ke-2. Hak2 orang melayu semakin terhakis di Pulau Mutiara itu. Tak kisahlah kalau ada orang mengatakan aku resis atau apa. Malaysia sekarang tidak lagi spt Malaysia yg dulu. Kita selalu laungkan perpaduan antara kaum, Malaysia negara majmuk, berbilang bangsa dan sebagainya. Namun kini kelihatan berbeza. 'Majmuk' hanya pada nama. Aku tidak suka ini semua. Aku mahukan negara Malaysia yang majmuk seperti dlu. Melayu,Cina, India atau apa bangsa sekali pn hidup aman damai. Sekarang Melayu memandang cina semacam, Cina memandang Melayu dua macam, India pula 2,3 macam. Apa ini? Kenapa begini? Siapa dalangnya semua ini?

Bab siapa dalangnya semua ini yang plg aku suka. Agak2 siapa dalang semua ini? Tanpa segan silu aku mengatakan Anuar Ibrahim al Juburin la(gelaran di beri sendiri oleh Mat Sabu)...siapa lagi kalau bkn tali barut Israel tu. Sebelum dia keluar penjara dlu ok la sikit, tp bila di kelaur aja dari penjara, porak peranda jadinya negara. Rakyat dh berani menentang Raja-Raja Melayu. Politik sana, ceramah sini, tp aku blm nmpak kemajuan yg dibawa.

Skrg lg hebat tntg Misteri "Mr.Y". Siapa Mr.Y?  Anu-war Al- Juburin la, siapa lagi....Jangan telan apa yg aku tulis ni bulat2. Tapi cari lah kronologi-kronologi yg berkaitan. Carilah, kajilah & fikirlah...aku bkn pakar, aku bkn penganalisis politik. Aku cuma mahukan negara ini tidak tergadai maruahnya. Aku cintakan agamaku, aku cintakan bangsaku, aku cintakan Negaraku.

Mungkin kerajaan BN bukanlah sebuah kerajaan yg sempurna 100% betul, aku akui sebagai rakyat ada lg perkara yg harus kerajaan titik beratkan serta perbaiki, namun itu lebih baik dr PKR(parti kencing rakyat) dan sekutunya. Mereka cuma mahu lihat orang Melayu terpupus dr bumi Malaysia ini.Berpecah belah itu agenda utama mereka.

Kalau nk ikutkan bnyk lg yg aku nk tulis, tp cukuplah setakat ini sahaja. aku rasa di sana sini Anu-war terus di kecam, bahkan dgn keluarga sendiri pn mgkn Anu-war ketika ini sedg berkrisis. Kesian plk aku tgk die tu kdg2, dh la dh tua, org asyk maki die je, tp apa blh buat, rakyat tak mahukan seorang pemimpin macam KAU ANu-WAr Al-Juburin.....

Wassallam...



Imej seorang lelaki yang didakwa 'Lelaki Y' sedang memasuki lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Ketahui selebihnya di AIDC...

CTKD - Dalam Diam (Trilogi Cinta OST)

Sunday 6 March 2011

aku sukakan kedamaian

Nama sebenarku Norafirah Bt. Mohd Yusof. Berumur 22 tahun{tp belum genap lagi. hehehe, so,still consider as i'm a teenager. =P } dan aku dh berkahwin pd tahun lpas and our anniversary is on 26 Sept. Aku create my own blog, just because i love writing about anything, yes- anything around us. Lets talk to me about weather, politics, sport,jobs or whatever on our mind.  huhuhu...

Kalau nk ikutkn, aku selalu meng-up date- status di Facebook, tp x kan la nk update status kt FB mcm nk tulis karangan kn? Jd aku perlukan ruang yg lebih luas utk aku menulis, meluahkan perasaan atau berkongsi apa sahaja yang aku sedang fikrkan-x kesahla sama ada akan ada orang sudi membacanya atau tidak, itu bukan persoalan bagi aku...huhuhu...

until next post... Wassallam.. =)